SURATAN atau kebetulan.
“Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan segala arahan jurulatih.
“Lagipun ini aksi pertama saya bersama skuad kebangsaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan. Memang untuk menang agak sukar, tapi sekurang-kurangnya kami akan berusaha untuk mengikat Australia,” kata Joseph ketika ditemui sebelum berlepas ke Canberra, malam kelmarin.
Dia dijangka bergandingan dengan Amar Rohidan. Skuad 22 pemain kebangsaan tiba di Canberra, tengah hari semalam dan hanya menjalani latihan ringan pada sebelah petang.
Pemain Terengganu yang lebih kerap berfungsi di bahagian sayap jelas tidak menganggap sesuatu yang kekok untuk beraksi di posisi tengah bersama skuad kebangsaan.